Salam...
Hari ni genaplah setahun usia anak bujang aku, Muhammad Imran. Dilahirkan pada 19 Oct 2008, jam 12.15am, ahad 19 syawal 1429 hijrah.
Saja nak flashback balik memori tahun lepas...
Geng mak buyung kat opis...masa ni dah sarat. Member ni beranak 3 hari lepas aku bersalin... ;-)
Date: 17 Oct 2008
Time: 1700 hrs
Location: Office @ Jalan Tun Razak,KL
Its friday!! Gumbiranya...hehe. Mana taknya jumaat maa. Hari ni lepas buat meeting ngan team kat office, semua dah decide nak ambik part memasing masa ketiadaan aku sepanjang 2 bulan nanti. Sempat draft email utk distribute task monday nanti. Kak ju, kak farid dah melambai-lambai ajak pegi mentedarah layan tekak kat open house PNB Darby Park. Lepas mencekik kenyang, jumpa AC Mizal dalam lif masa nak balik. Aku berdua jer ngan kak farid masa tu. Memasing malu2 anjing kucing. Dok diam jer smpai mamat tu yg tegur kami. Dia tanya dah baper bulan preggy. Al-maklumla masa tu aku dah masuk 37 weeks dah. Perut dengan jayanya membesar bagai johan...(oppss bukan johan raja lawak ekk...) Aku dengan kondifen nya cakap tgh tunggu hari...pastu sengih2 siap ucap selamat hari raya lagi kat kitaorg.
Balik mcm biasa naik kereta panjang ada driver, tengah syok tido tetiba rasa braxton hicks yang kuat giler smpai aku terkejut dari tido. Memang sengal jer rasa. Memang lately ni selalu kena camni bila time balik keje. Terdetik dalam hati, ini buatnya sok sakit nak beranak dalam bas camner la agaknya. Campur tolak kali bahagi kalo paling habis sejam setengah kalo dari KL nak smpai Seremban dalam keadaan jammed giler petang2 tuh...fuhhhh...
Date: 18 Oct 2008
Time: 05.30 hrs
Location: Seremban, (mana lagi umah aku ler...) atas katil.
Kringggggg....jam handphone berbunyik. Aiseh. Lupa plaks nak switch off jam loceng kat hp nih. Kacauuu jerkk...rasa nak pee pee plaks. Sejak preggy ni kalo kerap sangat bangun pegi toilet start dari tgh malam smpai la nak pagi. Kadang2 rasa naik rimas. Nak ditahankan bukannya boleh. Rasa cam nak tercabut jer 'barang' kalo tahan pee pee woiii...hahaha
Lepas pegi toilet, naik atas katil. Baru jer baring tetiba rasa ada cam air panas mengalir kat kaki. Panik! Gelabah dalam gelap! (Tido kalo mmg bergelap coz hubby x suka pasang lampu). "Eh, air apa plak ni? Air ke darah ni??" Aku tanya diri sendiri dalam gelap pagi buta tu. Aku bangun slow slow. Bukak lampu. Pastu terus raba kaki dan seluar tido yang dah basah tu. "Eh, air ni...bukan darah." Fuhhhh...lega tapi masih lagi ke pelikkan. Terus gi toilet. Sah bukan kencing. Bukan jugak peluh. Ni kompem air ketuban. Terus jalan terkengkang kengkang pegi kejutkan hubby. " Yang...bangun, bangun. Nak kena gi hospital ni." terus hubby duduk tegak. Then soalan pertama dia "sakit ke yang??". Aku dgn muka panik ckp kat dia tak sakit. Tapi air dah kuar. Hubby wat muka toya. Ayat seterusnya "tak sakit kalo tido balik la...sok pagi kita gi klinik."
Darah terus naik ke muka. Panasss...dah la tgh panik panik. Ayat slenga hubby tu buat aku rasa cam volcano nak meletop jerk. Dengan takde control nya terus voice ni otomatik pegi ke high " Gilo apo suh org tido balik. Ni dah nak beghanak dah ni. Akak misi kecoh posan dah kalo turun air eiii kono poie spital doreh laaa..." Bercakap sambil garangkan muka. Terus hubby sengih sengih cam kambeng gatal...cehh!
Dia pun bangun tolong mop lantai tempat air ketuban yang bersepah2 dari bilik ke toilet tu. Aku plak siap2 pi pakai pad, kemas bakul. Pastu tengok tv smbil tunggu pak incik tu siap. Nak poie spital pun nak pakai smart2, dengan jeans dengan collar t-shirt bagai. Sobar yo lah...
Date: 18 Oct 2008
Time: 7.00-20.00hrs
Location: Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Pendek cerita. Aku kena warded. Pagi td doc. seluk baru 1-2cm. Aku dengan buhsan giler duduk dalam wad. Hubby belikan macam2 magazines ngan paper suh aku baca. Puas meng 'sms' budak2 opis bitau dah masuk wad, tp lom branak lagi.
Pagi, tgh hari, petang. Last hubby datang jumpa aku masatu time melawat petang. Dia bawakkan rojak mee kegemaran aku. Kitaorg sempat makan sama2. Masatu lom sakit lagi. Ada pun contraction lite lite jer. Lepas hubby balik. Aku capai towel pegi mandi. Elok jer siap mandi dah wangi2 pakai bedak, aku pun baring la. Niatnya nak tido kejap. Skali contraction pun bermula. Selang 5 minit aku kira. Kira punya kira, dalam masa 5 minit lebih dari 5 kali contraction. Aku pun gamit la budak nurse yg baru tukar shift tu. Peramah budak tu. Lawa pulak tu...(sempat lagi tu...hehe) budak nurse tu pun dtg duk kat sebelah aku. Dia pun tolong kira sama. Kompem. Dia pun panggik doc. Bermula la episod seterusnya...
Contraction makin kerap n makin besar. Doc. datang check temperature, check BP. Doc. tanya aku ada darah tinggi ke, aku ckp b4 this BP smer ok. Dia check buku merah. Dia heran sbb history takde pun BP tinggi. Pastu temperature tinggi. Doc.ckp aku demam. Aku dok rasa aku elok jer, tak demam pun. Terus jer dia pasang wayar drip kat tangan, siap masuk ubat demam and antibiotic. Pastu check jantung baby. Dipasangnya macam2 tali kat perut. Masa ni aku dah rimas + sakit + rasa nak sepak orang jer...hahaha...
Doc. seluk dah bukak 5cm. Terus jer nurse ambik wheel chair. Aku balik katil ambik towel n napkin baby. Lepas sms hubby hp aku tinggalkan kat akak katil sebelah. Pesan ngan dia kalo hubby dtg suh masuk labor room terus. HTJ kan hospital rakan suami. So wife bersalin hubby leh tengok. ;-)
Date: 18-19 Oct 2008
Time: 21.00 - 06.00hrs
Location: Labor Room Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Aku ditolak masuk ke labor room. Mulut ni tak henti2 beristigfar, berselawat. Gemuruhnya perasaan ni tuhan jer yang tau. Tapi aku sentiasa ingat pesan ibu, hubby. Dalam apa jua keadaan sekalipun, kena keep cool. Tapi memang cool nak mampus dlm bilik bersalin tu. Masuk jer labor room, aku dengar mcm2 bunyi. Allahuakbar! Serius aku gerun. Dari cool terus aku jadi melt dah...hilang terbang semangat aku ntah kemana. Hubby baru smpai. Aku duduk di tengah2 labor room. Kiri kanan aku doc. berhempas pulas kehulu kehilir handle org nak bersalin. Jeritan bergema disana sini. Aku dengan hubby menempek diam senyap sunyi. Hanya selawat meniti di bibir. Sakit....tak terucap. Tapi aku tahan. Tabahkan hati. Hubby genggam tangan seerat-eratnya. Tak lepas2. Peluh membasahi seluruh tubuh badan. Contraction makin menjadi2. Bibir kering. Dahaga. Teramat dahaga...dalam keadaan sakit, aku gagahkan bukak mulut. Minta air. Hubby panggil nurse. Dalam waktu tu tak dibenarkan minum air. Tapi doc. bagi jugak akhirnya. Dapat la minum sesedut air suam. Bermacam2 tali terbelit di perut. Bunyi jantung baby kuat...
Bila contraction semakin kuat, aku dah tak mampu nak bertahan. Aku tak menjerit, tp air mata ni mengalir sederas-derasnya. Tangan hubby kuat menggenggam. Tak putus2 memberi semangat. Smpai satu tahap, aku cakap dengan hubby suh panggil doc. Aku nak suruh doc.belah jer perut ni kuarkan baby. Doc. perempuan melayu yg datang tu bagi semangat. Dia ckp mmg kelahiran pertama semua org akan alami sama seperti apa yang aku lalui. Doc. suruh banyak bersabar dan bertahan. Proses pembukaan rahim sedang berlaku. Doc. datang dan bagi suntikan pethidine.
Selepas disuntik pethidine, vagina terasa semakin mengetat. Aku sempat seluk dengan tangan sendiri. Sah! kepala baby dah kat bawah. Aku terus bertahan. Hubby masih erat disisi. Doc. sibuk dengan proses bersalin di labor segmen disebelah kiri dan kanan.
Dalam keadaan yang kesakitan, sempat aku pegang bahagian bawah. Keras! Terasa kepala baby dah engaged kat bawah. Aku teruskan bertahan. Agaknya disebabkan kami 'terbiar' tanpa dipedulikan sangat oleh nurse dan doc. hubby selak kain selimut yang menutupi separuh badanku. Hubby tengok kepala baby dah nak keluar. Terus dia menjerit panggil doc. Masatu baru la doc. dgn nurse terhegeh2 datang kat kami. Diselaknya kain. Nurse pegang kaki. 3 kali teran, alhamdulillah Muhammad Imran seberat 2.6kg bernafas di dunia pada jam 12.15am. Terus doc. letakkan baby diatas dada. "Its boy!" kata doc. itu ceria. Aku sempat melemparkan senyuman pada doc. tu.
Imran di bawa ke sebuah bilik utk dibersihkan dan diberikan suntikan. Proses pengeluaran uri pun telah selamat. Alhamdulillah. Tiada sebarang jahitan. Selepas dibersihkan, aku berbaring kepenatan. Selang beberapa ketika doc. datang bawa Imran dan disuruhnya breastfeed. Imran ketika itu lenaaa tidurnya. Agak kekok nak memegang baby yang baru lahir diwaktu itu.
Jam 2.00am, aku kembali ke wad. Ibu datang menjenguk. Hubby buatkan aku milo panas. Lega rasanya. Lepas beberapa ketika, ibu dengan hubby balik. Tinggalkan kami berdua...ini la wajah pertama yang aku rakamkan selepas imran dilahirkan...
Kata ibu muka dia sebijik muka hubby waktu ni...
Aku discharge dari wad pada hari yang sama, jam 2.00pm. Alhamdulillah. Berpantang di rumah mertua selama seminggu dan kemudia di rumah ibu. Minggu terakhir berpantang aku dah balik rumah sendiri.
Pahit manis sakit perit, getir, takut, cemas...segala-galanya! Segala rasa terhimpun. Apa yang pasti, aku telah harungi semua itu dengan penuh syukur. Sakit tapi nikmatnya hanya orang yang telah melaluinya saja tahu bagaimana indahnya perasaan yang Allah SWT ciptakan untuk mahkluknya yang bergelar ibu, mak, ummi, mama, mommy, mum dan yang seangkatan dengannya...
Next entries, aku nk share kisah sambut besday di umah tok & wan Imran...tungguuuu...